i- Mulanya.
Dia membesar di depan mata aku sekeluarga. Usia empat bulan, Mama Ina telah memberi sebakul kepercayaan pada emak untuk mengasuh anak kecil itu. Pagi dihantar, lewat petang baru diambil semula. Begitulah setiap hari. Dulu, hingga kini. Hingga dia dikata sebagai anak bongsu emak dan ayahku.
Setiap hari selepas itu adalah semangat dan kasih sayang yang semarak. Pulang ke rumah, 'adik baru' dalam keluarga kami aku rangkul perlahan.
"Jiji..baa...cak!" Aku terkekeh sendiri bila ada elusan senyum di bibir kecil itu.
"Nama penuhnya apa mak?-Baju seragam pengawas belum pun terlucut, Jiji aja yang kusebut-sebut.
"Syahrul Azizi". Perlahan mak menjawab.
"Ouh, sedap nama dia" Aku senyum sendiri. Dan hari-hari dalam hidupku rasa disinar, ditambat penuh kasih sayang. Aku ada "adik baru"
-------------------------
ii-Adik along
Jiji membesar cepat rasanya. Mukanya comel tembam, mata bulat, berkulit putih bersih dan berbadan agak gempal. Sekali pandang persis bayi perempuan. Hubungan aku dan Jiji agak rapat. Ahli keluarga cakap Jiji adikku. Jadi, 'jangan sebarangan diusik budak montel tu. Nanti alongnya marah"
Ada-ada aja.
Aku tak bersama Jiji selalu. Pemergian ke Pusat Asasi UIAM menjarakkan kami. Dan, selalunya telefon akan mendekatkan kami yang jauh. Bermula dari mendengar dia sekadar tahu ketawa dan menangis hingga satu hari..
"Hello sayang. Jiji dah makan?
"Dah.."
"Ouh, yeke? Makan apa hari ini..?
"Makan ikan.."
Jawabnya sepatah-patah. Walaupun ada yang mengajar dari belakang. Walau tak lama, cukup bagiku diteman mimpi bersama adik montelku. Sampaikan ada sebuah lagu ku tulis khas buatnya. Rindu. Hari-hariku bersulam kerinduan..
Ia..Jiji adikku :)
-------------------------
iii- Sekolah pun..
"Along, Jiji ni adik Aong,kan? - Jiji bertanya pada suatu hari.
Aku canggung. Senyum kambing melihatnya. Aaah...Jiji sudah petah sekarang. Sangat banyak bicara, dan menyoalku terus-terusan.
"Along??"
"Aaaa..mana pulak. Jiji bukan adik Alonglah" Kubalas sambil menjelir lidah. Hehe..Jiji berubah muka pula.
"Abis tu Jiji dengar Along cakap "Jiji, tolong amik air dik..aaa?"
Terpana sebentar. Aku lupa adik montelku dah bisa menaakul. Jiji bukan lagi yang diriba dan dibuai dengan dendang selawatku sewaktu dulu. Jiji sudah 5 tahun kini.
(Allah...maafkan along sayang)
"Jiji, ialah...Jiji adik along"
Jiji tersenyum. Eh, mukanya merah. Malu pulak dia.
"Eleh,malu lah tu. Mai sini peluk sket. Wah, macam bantal. Comei" Pipi tembamnya aku cubit perlahan. Jiji terkekek. Sudahnya habis aku geletek badan gempalnya. Jiji cuba melepaskan diri. Ketawanya buat aku makin terhibur. Kami tenggelam dalam rasa yang penuh kasih.
--------
Tiada di rumah, aku tak dapat bersama mengikuti perkembangan belajar Jiji. Entah tahu atau tidak membacanya, menulisnya. Yang kerap ku dengar adalah suara mak membebel.
"Jiji malas belajar ye? Mak cakap pada Along"- Dia tunduk.
Keharuan melihatnya bungkam. Aku tarik dia erat. Usapan di kepala semoga meyakinkan adikku, alongnya selalu bersama. Moga akan pandai membawa diri di alam sekolah. Semoga..
-----------------------
iv- Rencana anak-anak kecil..
"Kenapa ni?- Aku meninggi suara.
Bila lihat Hakim dan Jiji sama menangis, aku yang keributan. Pasti ada pergaduhan. Rasa menyesal juga meninggalkan adik-adik kecil itu bersama. Tapi, urusan tadi nyata meletakkanku dalam keadaan terpaksa. Jadi, harapan-harapan baik sebelum keluar rumah tadi musnah bila melihat adik-adikku sememangnya bergaduh sesama mereka.
"Jiji yang buat Akim" Hakim masih terhinggut-hinggut. Esakannya belum reda.
"Ehh..Akim yang main ajuk-ajuk" Suara Syammi menerpa.
Aku jadi hilang sabar melihat keduanya begitu. Jiji? Dia tak menangis. Ku lihat dia berasa dalam keadaan yang pelbagai. Mahu menangis, minat simpatiku, marah..semuanya.
Aku menggertak keduanya. Ku tarik Jiji kasar. Jiji membatu.
("Kerasnya hati dia..")
Aku membebel. Habis semuanya keluar dari suara kemarahanku. Sudahnya, kuminta keduanya berdamai. Hakim menghulur tangan, tapi Jiji masih seperti tadi. Membatu.
"Ish..kenapa degil ni? Nampak tak penyangkut baju tu? Nak along pukul ke? Salam cepat!! Jangan degil ye!"
Dia masih di situ. Aku mengetap gigi. Terus badan gempal Jiji kutarik kasar. Tapi....tiada hasil.
Hilang sabarku. Hilang..cuma, bila melihat airmata mula bening di mata adik montelku...
"Jiji sayang, salam Akim. Tak baikla gaduh-gaduh ya. Kita kan satu keluarga. Jiji tak salah kan? Akim pun tak salah. Salam sayang..
Airmata Jiji akhirnya tumpah..
(Oh Tuhan...peritnya adik itu menahan rasa agaknya. Along menengkingnya)
Kubiar Jiji. Lambat-lambat dia bersuara "menegakkan diri". Aku dengar, angguk. Sekali aku pujuk, menahan marah...Jiji sambut juga tangan Hakim. Lega rasanya.
----------
Ameen.." doa ku amin perlahan.
Langsung teringat pula kisah petang tadi bersama anak-anak jagaan emak. Aku mengeluh sendirian. Bukan apa, kini baru aku sedar, teori-teori psikologi yang aku belajar, bukanlah mudah untuk diaplikasi. Sangat tidak mudah.
Bila B F Skinner memfaktakan teori 'reward dan punishment', ku lihat ia bagus digunapakai untuk memahami pembangunan emosi dan mental anak-anak. Waima untuk sesiapa saja. Teorinya..
"rewards (penghargaan) lebih bermakna dan membina diri anak-anak dari punishment (hukuman)
Aku angguk-angguk. Tapi, hukuman itu mudah. Rotan, tengking. Nak menghargai? Aku lebih berkiblat amarah nampaknya. Susahnya menahan marah.
Jean Piaget juga hadir dengn rumus 'attachment'nya. Meluhurkan perdekatan untuk memahami tahap psikologi kanak-kanak. Dan, Diana Baumrind tak ketinggalan menghuraikan teori keibubapaan yang secara langsungnya mengemukakan teknik asuhan anak yang baik.
Tapi, itu semuanya teori. Yang selalunya juga cantik dan indah di buku-buku. Untuk jadi panduan, mungkinlah tidak semudah mana.
Agaknya itu yang cikgu-cikgu di sekolah rasa. Pernah ada seorang senior bercerita. Dirinya mahu menjadi Ustazah yang diplomatik, penuh hikmah, taknak marah dan tak mahu jadi Tarzan.
Namun,akhirya dia mempersetankan juga impian murninya itu. Anak-anak zaman sekarang tak makan saman! Dia pun memekik sama. Tiap hari. Migrain. Sahabatnya pun pernah keguguran. Impaknya buat aku terkesan. Jadi, bagaimana mahu menangani masalah ini. Bagaimana mahu jadi hikmah??
Sejurus aku teringat akan kata-kata Saidina Umar Al Khatab.
"Anak-anak itu dididik menurut zamannya"
Ya,itu betul. Betul sangat. Tapi, dunia kita. Zaman kita. Ada lagikah orang yang peka?
Kulihat dari segi belajarnya mungkin dipraktiskan. Syllibus anak-anak diciptakan menurut tahap permikiran mereka. Pun, zaman ini mungkin tambah 'advance'. Tapi, pembangunan jiwa dan emosi anak-anak?? Jauh sangat diabaikan. Sila lihat sekarang bagaimana anak-anak kecil sudah pandai....
..pandai yang aku dan kawan-kawan sezaman kecil tak pernah lakukan.
Ouh Tuhan, aku mahukan yang terbaik. Menjadi along yang baik. Yang mendidik. Yang mentarbiyah dengan kehalusan pekerti dan bicara. Bagaimana..?
------------------------
v- Jiji sudah 6 tahun
"Esok, bawak buku tau. Jangan tau nak main aje" Suara emak agak kasar ku dengar hari itu.
Sempat kulihat Jiji di pangkin belakang rumah. Baru sebentar tadi tangan ini dikucupnya. Jiji meraikan kepulanganku denga senyum pajang lebar.
"Kenapa mak?"
"Tu, tak tahu membaca lagi?
"Siapa?"
"Jiji"
(What, tak tahu baca?")
---------
"Baca ni" Majalah Kuntum di tangan aku hulurkan pada Jiji. Dia akur.
"B..u..l..a..t.."
"B..u..bu! Sebut dulu sukukatanya".
"B..u..bu. L..a...t..k..a..n"
"Batangkan.."
"Bu.....kan.."
"Lah, 'lat' nya mana?" Pipi tembam Jiji aku tarik.
Dia mengeja lagi. Aaa..ada lagi salahnya. Kesalahan yang sama. Kenal huruf tapi mengejanya....
"Baca kuat-kuat. Apa ni, tak tahu eja!!" Suara ku bergetar menahan marah. Pipi Jiji sudah merah kutarik dengan rasa marah. Seketika adik itu mengalirkan air mata..
Aduh, aku...(menepis rasa serba salah yang ada..)
"Baca cepat!!" Jiji terus mengeja. Dan aku bagai hilang sayang. Hilang sabar. Hampir 5 minit, aku pasrah.
"Jiji tak tahu baca yek? Lemahnya. Tulah,main aje, belajar malas!" Bertubi-tubi ku mengherdiknya. Dan adik montelku tunduk.
Aku menahan marah, serba salah...
"Ambil buku ni. Baca tau.." -Aku kendurkan suara. Budak-budak macam Jiji, aduhai. Kenapa aku tak dapat menahan marah. Kesal pula rasanya.
----------------------
vi- Along..
"Hah, nak apa ni? Terjengah-jengah"
"Nak tengok Tv Long..."
"Aaa..takda-takda. Keluar, baca buku!"
"Tak bawa buku.."
"Kenapa tak bawa? Malas ye. Dah lah tak tahu baca..-sekali lagi mulutku lancar mengeluarkan segala marah yang bisa menjatuhkan harapan, semangat...
Sebentar..serba salah kembali menebal dalam diriku. Sangat tebal. Kenapa aku marah? Kenapa?
(Maafkan along, sayang....)
-----
::Monolog::
Dia membesar dengan amarah, tengking dan herdik. Sesiapa pun akan jadi terkesan. Ini pula dia, budak-budak. Yang masih belum upaya mengorak hikmah di sebalik logik-logik alam yang baru dipelajarinya setiap hari.
Dia bukan mahu dimarah. Tapi, nakal dan main-main itu adalah hiburannya. Dia belum mengerti.
Tiada susah merangkulnya erat, menerangkan dengan sabar dan membenar kesilapan berlaku. Mereka perlu diajar untuk belajar...agar tidak jadi kurag ajar.
Anak-anak zaman ku, begini sudah ceritanya. Yang mungkin dilepas pandang proses pembangunan jiwanya. Bagaimana pula nanti dengan masa depan mereka?
-----
Nukilan adik montel ini menyedarkan ku tentang banyak perkara. Tersangat banyak. Yang jika dikupas-kupas, akan terlihatkan masalah dan cara yang lebih sempurna untuk dicipta dan dilaksana.
Siapa mahu, siapa perlu?
4 comments:
wah, panjang entri kalini. dan best. saya ni kena banyak belajar dan aplikasi :)
mira kimura..rararra ^_^
assalamualaikum.
menarik entri kali ni. eheh, kita sama2 along. selalu adik2 jadi mangsa marah.
tapi bila kita fikir2kan balik, kita yang bertindak tak matang, nak marah budak2 kecik. masa tu baru nak menyesal.
rindu kat adik2 la...T_T
hai along_exe :)
iya...btul2...dan saye lagi setuju jika kita kata "dgn org yg plg kita dekatlah yg kita rasa senang nak marah..hihi :p
...saye quote Afdlin syoki ckp :)
Post a Comment